home button

Pulau Pinang

Pulau Pinang (7)

Isnin, 04 April 2016 18:12

Kemudahan

Written by
Khamis, 25 Februari 2016 10:28

Carta Organisasi

Written by
 

november20202

 
Rabu, 24 Februari 2016 17:04

Piagam Pelanggan JBS Pulau Pinang

Written by
PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang akan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang bersih, cekap, tepat dan cepat dalam suasana mesra serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi dalam menjalankan tugas kami.

Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji :
[list type="smallnumber3"]
[list_item]Menyediakan 100 Program Kecergasan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang dalam tempoh setahun; [/list_item]
[list_item]Menyediakan 100 Program Pembangunan Belia dan Pembangunan Rakan Muda dalam tempoh setahun; [/list_item]
[list_item]Memuat naik maklumat semasa atas talian dalam tempoh dua (2) hari bekerja; [/list_item]
[list_item]Memberi maklumbalas sebarang aduan menerusi Portal Jabatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; [/list_item]
[list_item]Mengesahkan penerimaan aduan dan pertanyaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan memberikan maklumbalas aduan dalam masa tiga (3) hari; [/list_item]
[list_item]Memaklumkan keputusan permohonan bantuan aktiviti yang dikemukakan oleh pertubuhan belia dan badan sukan dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh mesyuarat; dan [/list_item]
[list_item]Memproses bayaran dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.
 [/list_item] [/list]


 
PRESTASI PIAGAM PELANGGAN
Rabu, 24 Februari 2016 16:58

Misi, Visi dan Objektif Jabatan

Written by
Visi 

Masyarakat belia yang wujud pada tahun 2010 akan mempunyai pelbagai pengetahuan, kemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti serta menampilkan semangat patriotisme dan kesukarelaan yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama pembangunan sosial dan ekonomi negara.  

Misi

Membina generasi belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup yang berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi nasional dan identiti bangsa Malaysia selaras dengan wawasan 2020. 

Objektif 

Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan wawasan 2020. 

Fungsi

Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama olehsektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan Memantapkan program latihan keusahawanan, ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia Meningkatkan semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep persejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa dikalangan belia Menggalak, melaksana dan menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat dikalangan generasi muda
Rabu, 24 Februari 2016 16:54

Sejarah JBS Pulau Pinang

Written by
SEJARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang pada asalnya dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Jabatan ini ditubuhkan pada 1 November 1966, bertempat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Jalan Farquhar, Pulau Pinang.

Pada tahun 1970, Jabatan ini telah berpindah ke Bangunan United Asian Bank, Lembah Pantai, Pulau Pinang. Menjelang Mei 1976, Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinangtelah berpindah ke tempat yang lebih sesuai pada masa itu iaitu di Bangunan Wisma Central, Jalan Macalister, Pulau Pinang.

Pada bulan Oktober 1980, atas arahan Kementerian, Jabatan ini sekali lagi berpindah ke Tingkat 3, Bangunan Bank Negara, Jalan Light, Pulau Pinang sehingga tahun 1987.

Pada 20 Mei 1987, Bahagian Kebudayaan telah dipisahkan dan dipindahkan ke Kementerian yang baru diwujudkan iaitu Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Berikutan dengan perpindahan itu, fungsi dan peranan Kementerian dan Jabatan turut berubah. Seramai lima orang kakitangan di Bahagian Kebudayaan ini yang terdiri daripada Penolong Pengarah, seorang Pegawai Penyelidik, seorang Jurutunjuk, seorang Jurulatih dan dibantu oleh seorang Setiausaha Kerja Majlis Kebudayaan Negeri turut dipindahkan dan diserap di Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Pada 1 Januari 1988, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah berpindah ke Tingkat 40, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang dan pada 15 November 2010 Jabatan ini sekali lagi telah berpindah dan kali ini ke Bangunan sendiri yang beralamat di Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.
Rabu, 24 Februari 2016 16:51

Perutusan Pengarah

Written by

PERUTUSAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG



Assalamu’alaikum w.b.t dan salam sejahtera Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan puan dalam melayari portal rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang ini.

Kewujudan portal ini adalah bertujuan untuk memberi informasi tentang segala perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan belia, sukan dan rakan muda di peringkat negeri dan daerah di samping menyampaikan berita tentang pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Portal ini juga turut memberi informasi berkenaan kemudahan-kemudahan yang terdapat di bawah kendalian Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Disamping itu juga ianya boleh dijadikan medium yang dapat mengeratkan lagi kerjasama di antara golongan belia dengan Jabatan ini serta dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat Oleh itu, marilah kita bergandingan dalam memastikan segala dasar-dasar Negara yang dirangka khususnya untuk golongan belia dapat diteruskan.

Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa web yang sentiasa mengemaskini maklumat bagi memastikan segala dasar dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dapat disalurkan dengan cepat, tepat dan berkesan bagi memastikan pembangunan belia berterusan dan berkembang. 

Sekian, terima kasih

MOZAKIR BIN BUYONG MOKHTAR
Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang

Rabu, 24 Februari 2016 16:51

Perutusan Pengarah

Written by
PERUTUSAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG Assalamu’alaikum w.b.t dan salam sejahtera Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan puan dalam melayari web rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang ini. Kewujudan portal ini adalah bertujuan untuk memberi informasi tentang segala perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan belia, sukan dan rakan muda di peringkat negeri dan daerah di samping menyampaikan berita tentang pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Laman web ini juga turut memberi informasi berkenaan kemudahan-kemudahan yang terdapat di bawah kendalian Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Disamping itu juga ianya boleh dijadikan medium yang dapat mengeratkan lagi kerjasama di antara golongan belia dengan Jabatan ini serta dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat Oleh itu, marilah kita bergandingan dalam memastikan segala dasar-dasar Negara yang dirangka khususnya untuk golongan belia dapat diteruskan. Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa web yang sentiasa mengemaskini maklumat bagi memastikan segala dasar dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dapat disalurkan dengan cepat, tepat dan berkesan bagi memastikan pembangunan belia berterusan dan berkembang Sekian, terima kasih FADZIL BIN YAHYA Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang