home button

Pentadbir JBS Kedah

Sejarah awal penubuhan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bermula pada 1 November 1966 yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Pada asalnya Jabatan Belia dan Sukan dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan , Belia dan Sukan Negeri Kedah . Pada  Mei 1987 Bahagian Kebudayaan telah dipisahkan dan telah dipindahkan ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan tersebut, maka wujudlah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan nama Kementerian Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu ‘Kementerian  Belia Dan Sukan , serta kekal sehingga sekarang. Dengan itu, nama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah juga turut berubah  sehingga sekarang. Kini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah mempunyai dua belas (12) Pejabat Belia dan Sukan Daerah, dua(2) Kompleks dan dua (2) Kompleks Sukan Komuniti :- 

•           Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
•           Pejabat Belia dan Sukan  Daerah Kubang Pasu / Kompleks Sukan Komuniti Jerlun
•           Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap
•           Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang
•           Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi
•           Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan
•           Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik
•           Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda
•           Pejabat Belia dan Dukan Daerah Bandar Baharu / Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu
•           Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim
•           Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baling
•           Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena
•           Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah
•           Kompleks Rakan Muda Baling
  
          ALAMAT PBSD :-
 
        PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SIK,
NO 4 & 5, Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji Sik
08200 Sik, Kedah.
No Telefon : 04-4695284
No Faks : 04-4692826
 
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KUBANG PASU,
Tingkat 1, No. 171 B, Jalan PJ 7, Pekan Jitra 2,
06000 Jitra, Kedah.
No Telefon : 04-9176940
No Faks : 04-9171310

KOMPLEKS RAKAN MUDA BALING,
Batu 42 Pulai,
09100 Baling, Kedah.
No Telefon : 04-4701279
No Faks : 04-4707277
 
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH YAN,
3 A, Arked Majlis Daerah Yan,
08800 Guar Cempedak, Kedah.
No Telefon : 04-4685225
No Faks : 04-4681524
 
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH LANGKAWI,
Tingkat 1, Bangunan Kompleks Sukan,
Perahu Kapal Layar Kebangsaan,
07000 Pokok Asam, Langkawi.
No Telefon : 04-9666323
No Faks : 04-9667037
 
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KUALA MUDA,
7&8, Tingkat 2, Jalan Bank Sungai Petani,
08000 Sungai Petani, Kedah.
No Telefon : 04-4211051
No Faks : 04-4212023
 
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BANDAR BAHARU,
Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu,
09800 Serdang, Kedah.
No Telefon : 04-4076224
No Faks : 04-4078975
 
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH POKOK SENA,
No. 49, Fasa 2 Taman Jabi,
06400 Pokok Sena, Kedah.
No Telefon : 04-7821803
No Faks : 04-7821792
 
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PADANG TERAP,
4A, Aked Majlis Daerah Padang Terap 1,
Jalan Bendahara,
06300 Kuala Nerang, Kedah.
No Telefon : 04-7866381
No Faks : 04-7865671
 
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KULIM,
29-G, Taman Pelangi 2, Taman Pelangi,
09000 Kulim, Kedah.
No Telefon : 04-4907663
No Faks : 04-4965930
 
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PENDANG,
Plot 9A, Pekan Pendang,
06700 Pendang, Kedah.
No Telefon : 04-7593171
No Faks : 04-7596413
 
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR,
Aras 1, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah,
Jalan Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah.
No Telefon : 04-7300952
No Faks : 04-7354243

 

 
         
Khamis, 03 Disember 2015 09:23

Perutusan Pengarah

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari Laman Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas kurnia dan nikmat Nya yang tidak ternilai kepada seluruh warga JBSN Kedah.

Seiring dengan perkembangan zaman, kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang begitu cepat, JBSN Kedah telah merealisasikan hasrat dan dasar Kerajaan untuk menyebarkan maklumat dan menyediakan perkhidmatan atas talian (on-line) dengan meluas dan lebih berkesan kepada rakyat melalui Portal Rasmi JBSN Kedah. Portal ini menyediakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti belia dan sukan, fasiliti-fasiliti sukan serta pelbagai info-info menarik di negeri Kedah khas untuk masyarakat terutamanya golongan belia.

Keutamaan saya adalah memastikan Portal ini sentiasa di kemas kini dengan maklumat-maklumat terkini kerana menyedari bahawa generasi belia pada masa kini tersedia dan lebih senang mencari maklumat melalui medium Internet. Semoga Laman Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dapat memberi manfaat kepada semua penggunanya dan saya akan sentiasa memastikan Laman Portal ini memaparkan maklumat terkini dan tepat serta informatif.

Kepada warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, saya amat berharap agar usaha kita dalam memberi khidmat kepada masyarakat di negeri Kedah dapat diteruskan dan semoga kita dapat mengekalkan kejayaan dan mengukir kecemerlangan pada masa yang akan datang.

Akhir kata saya merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan demi mencapai visi dan misi Jabatan.

Sekian, terima kasih.

HAJI AZIZ BIN HAJI HAMID
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah