home button

PENDANG KEDAH, 2 MEI  2018- Program Santai Petanque Bersama Jabatan-Jabatan Kerajaan dan NGO Belia  Bersama Penyelaras Dun Tokai telah diadakan pada 12 April 2018 (khamis) yang lalu bertempat di Padang Petanque Maktab Rendah Sains MARA Pendang.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pendang dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Pendang bersama Persatuan Belia Taman Sri Putih bagi tujuan untuk mendekatkan kakitangan awam daripada pelbagai jabatan kerajaan yang terdiri daripada Pejabat Polis Daerah Pendang, Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, Giat Mara Pendang, Maktab Rendah Sains MARA Pendang dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pendang dengan pemimpin setempat serta menghimpunkan Ngo Belia untuk beriadah serta bermain Petanque secara santai.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Tuan Haij Noor Azam Bin Ismail, Penyelaras Dun Tokai. Turut hadir Encik Budiman bin Idris, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Pendang serta Puan Norhayati Binti Ahmad.Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik Maktab Rendah Sais MARA Pendang

DISEDIAKAN OLEH : HARNANI BIN HARUN (PBSD PENDANG)