home button

Pentadbir JBS Kedah

PENDANG KEDAH, 2 MEI  2018- Program Santai Petanque Bersama Jabatan-Jabatan Kerajaan dan NGO Belia  Bersama Penyelaras Dun Tokai telah diadakan pada 12 April 2018 (khamis) yang lalu bertempat di Padang Petanque Maktab Rendah Sains MARA Pendang.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pendang dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Pendang bersama Persatuan Belia Taman Sri Putih bagi tujuan untuk mendekatkan kakitangan awam daripada pelbagai jabatan kerajaan yang terdiri daripada Pejabat Polis Daerah Pendang, Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, Giat Mara Pendang, Maktab Rendah Sains MARA Pendang dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pendang dengan pemimpin setempat serta menghimpunkan Ngo Belia untuk beriadah serta bermain Petanque secara santai.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Tuan Haij Noor Azam Bin Ismail, Penyelaras Dun Tokai. Turut hadir Encik Budiman bin Idris, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Pendang serta Puan Norhayati Binti Ahmad.Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik Maktab Rendah Sais MARA Pendang

DISEDIAKAN OLEH : HARNANI BIN HARUN (PBSD PENDANG)

Rabu, 06 April 2016 20:00

Perutusan Pengarah


                         PENGARAH                      

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari Laman Web Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas kurnia dan nikmat Nya yang tidak ternilai kepada seluruh warga JBSN Kedah.

Keutamaan saya adalah memastikan Laman Web ini sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat terkini kerana menyedari bahawa generasi belia pada masa kini tersedia dan lebih senang mencari maklumat melalui Internet disamping menjadi medium perantara dan menjadi suara kerajaan dalam mendekati golongan sasaran iaitu belia dan masyarakat.

Seiring dengan perkembangan zaman, kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang begitu cepat, JBSN Kedah telah merealisasikan hasrat dan dasar Kerajaan untuk menyebarkan maklumat dan menyediakan perkhidmatan atas talian (on-line) dengan meluas dan lebih berkesan kepada rakyat melalui laman web ini. Ia menyediakan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda, kemudahan serta pelbagai info-info menarik di Negeri Kedah khas untuk masyarakat terutamanya golongan belia.

Semoga Laman Web Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dapat memberi manfaat kepada semua penggunanya dan saya akan sentiasa memastikan Lawman Web ini memaparkan maklumat terkini, tepat serta informatif. Semoga dengan usaha ini juga, hubungan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan masyarakat dapat diperkukuhkan dan bertambah erat seluas dengan inspirasi dan wawasan Negara

Harapan saya terhadap warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah agar usaha kita dalam memberi khidmat kepada masyarakat di negeri ini dapat diteruskan. Semoga kita dapat mengekalkan kejayaan serta mengukir kecemerlangan pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

ABD AZIZ BIN ABD RAHMAN

Pengarah

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah



Jumaat, 04 Mac 2016 11:56

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah

Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah
Jln Stadium
05100 Alor Setar
Kedah
 04- 733 4616 
 04- 730 8427
  
Senarai Kemudahan Di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.





Unit : 1  
Kapasiti : 30 Orang
Kadar Sewa : 1 jam RM20.00








Unit : 1  
Kapasiti : 40 Orang
Kadar Sewa : 1 jam RM20.00







Unit : 1  
Kapasiti : 40 Orang
Kadar Sewa : 1 jam RM20.00






(Pelbagai Guna)

Unit : 2  
Kapasiti : 200 Orang
Kadar Sewa : 1 jam RM30.00 1 hari RM300.00






Unit : 1 
Kadar Sewa : 1 jam RM5.00








Unit : 1 
Kadar Sewa : Percuma








Unit : 1 
Kadar Sewa : Percuma








Unit : 1 
Percuma







Unit : 11 Bilik (Dorm) 
Kapasiti : 82 Orang
Unit : 2 Bilik Tamu(berhawa dingin)  
Kapasiti : 8 Orang   
Kadar Sewa : Seorang/Sehari RM7.00 |Cadar dan Sarung Bantal RM3.50 |RM40.00(Bilik Tamu)






Unit : 1 
Kadar Sewa : RM20.00 Sebulan | RM 2.00 Walk in