Pentadbir Laman JBS
Visi , Misi , Objektif
VISI
Melahirkan Belia Sejahtera, Negara Aktif Bersukan
MISI
Menjadikan Belia Pemangkin Negara Berdaya Maju dan Membudayakan Gaya Hidup Aktif melalui Ekosistem Sukan yang Mampan
OBJEKTIF
- Melahirkan belia yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan, kemahiran, keusahawanan dan kesukarelaan.
- Memperkasa organisasi belia dan sukan.
- Mempertingkatkan kesedaran dan penyertaan dalam sukan massa.
- Melahirkan belia remaja yang kreatif, prihatin, mahir dan dinamik.
- Meningkatkan golongan belia yang bersepadu, berwawasan, bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai murni.
Latar Belakang
LATAR BELAKANG
Kementerian Belia dan Sukan telah ditubuhkan pada 3 Mei 1964 dan dikenali dengan nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Berikutan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada 20 Mei 1987, fungsi kebudayaan telah diletakkan di bawah kementerian berkenaan.
Pada tahun 2000 Jabatan Belia dan Sukan Negara telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah, tiga orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan dan Pembangunan Rakan Muda. Manakala Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan diketuai oleh seorang Pengarah dan diikuti oleh 15 orang Pengarah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan 116 Pejabat Belia dan Sukan Daerah.