- JBS Selangor
- Hits: 21
SEPANYOL JUARA PIALA DUNIA FIFA 2026
- JBS Selangor
- Hits: 21
SEPANYOL JUARA PIALA DUNIA FIFA 2026 ⚽️
Kemeriahan Tayangan Skrin Besar Negeri Selangor di📍Laman Seni Safari, Klang menyaksikan Sepanyol menjulang gelaran juara Piala Dunia FIFA 2026 dengan menundukkan Argentina 1-0.
Keterujaan peminat bola sepak dan komuniti di Selangor khususnya daerah Klang amat jelas apabila mula membanjiri padang Laman Seni Safari, Klang seawal jam ⏰ 8.00 malam dengan memakai jersi pasukan pilihan masing-masing. Sebelum sepak mula, pelbagai aktiviti telah dihidangkan seperti pertandingan Sepak Penalti, FIFA E-Sports, Timang Bola dan pemberian T-shirt khas percuma bagi menghidupkan suasana yang cukup meriah.
Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Haji Abd. Hamid bin Hussain, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Diraja Klang yang turut sudi menyempurnakan majlis perasmian program. Turut hadir YBrs Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Y.A.D Dato' Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Orang Besar Daerah Klang dan Ahli-Ahli Majlis Daerah Klang.
Program ini bukan sahaja menyajikan acara sukan yang berprestij tetapi turut memberi peluang kepada peminat bola sepak mengeratkan hubungan komuniti dalam suasana santai, selamat dan penuh semangat kesukanan.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan hadir menjayakan program ini.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#HSN2026
#MalaysiaAktif2026
