Alor Gajah, 25 Jun 2019 – Seramai 30 orang Pegawai Belia dan Sukan serta wakil pertubuhan belia dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah menyertai Program Associate Trainer Sekolah Rukun Negara peringkat Zon Selatan. Program tiga hari dua malam ini, telah brlangsung di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka pada 17 hingga 19 Jun 2019 yang lalu.   

Sebanyak enam siri program dirancang untuk dilaksanakan mengikut zon iaitu Zon Selatan (17-19 Jun 2019 di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka), Zon Timur (24-26 Jun 2019 di Kompleks Rakan Muda Maran, Pahang) Zon Utara (8-10 Julai 2019 di Kompleks Rakan Muda Baling, Kedah), Zon Sabah/Wp. LAbuan (17-19 Julai 2019 di Kompleks Belia dan Sukan Persekutuan Putatan, Sabah), Zon Tengah (30 Julai – 1 Ogos 2019 di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah, Perak) dan Zon Sarawak (5-7 Ogos 2019 di Kompleks Belia dan Sukan Kuching, Sarawak).

Objektif utama program ini adalah melatih para peserta untuk menjadi penyampai modul Pendidikan Pengundi bagi Program Sekolah Rukun Negara yang akan dilaksanakan di seluruh Negara kelak.

Penutupan program telah disempurnakan oleh Encik Hasanul Isyraf bin Naim, Pengarah Akademi Pilihan Raya. Turut hadir di majlis penutup, Puan Marina binti Nafi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.