BUKIT JALIL, 31 MEI 2022 - Team JBSN diketuai Ketua Pengarah, Tuan Mohd Azhari Mohammad turut hadir menyokong dan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan.

Majlis dihoskan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu yang turut disertai pengurusan kanan dan warga kerja KBS dan jabatan serta agensi di bawahnya.

Berlangsung di Axiata Arena, majlis turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari, majlis sebegini begitu signifikan di dalam mengeratkan silaturrahim para pemegang taruh terutamanya dalam kalangan warga belia dan sukan.

"Semoga ikatan ukhwah yang disulam selama ini akan kekal berkekalan seterusnya bersama bergandingan demi pemerkasaan belia dan sukan," tambah beliau.

Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Achey, Shiha Zikir dan Sufian Suhaimi.

Ditulis oleh: Media JBSN