12 Februari 2021, Putrajaya Taklimat Pelaksanaan Program Rakan Muda Sport Bubble Volunteer (RM-SBV) kepada semua pegawai negeri dan daerah dibawah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah berjaya dilaksanakan.

Taklimat yang berlangsung selama 3 hari secara virtual ini melibatkan semua Pegawai Belia dan Sukan negeri dan daerah seluruh Malaysia.

Taklimat yang disampaikan oleh Bahagian Pembangunan Sukan dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda ini diharap dapat memberi pemahaman yang jelas terhadap pelaksanaan Program RM-SBV ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua negeri dan daerah di atas kerjasama dan usaha bagi menjayakan pelaksanaan program ini.

Oleh: Bahagian Pembangunan Rakan Muda