ARPRM TUDM

Sesi taklimat program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bersama pelatih - pelatih tentera udara dari Pangkalan Udara Jugra, Banting, Selangor. Taklimat ini bertujuan untuk menarik minat para pelatih menyertai program ARPRM di samping menjalinkan kerjasama yang julung kalinya bersama Angkatan Tentera Udara Malaysia. Seramai 40 orang pelatih yang hadir bersama Pengerusi Persatuan Belia Dinamik Barat, Encik Zaharuddin Abd Majid, Encik Ravichandran A/L Balasubramaniam dan turut disertai oleh Timb. Ketua Pengarah BPRM, En Sabran bin Abd Bahar, Pengarwh Cawangan Pem. Gaya Hidup, Pn Marina binti Nafi dan pegawai belia dan sukan dari BPRM. Taklimat berakhir dengan sesi bergambar dan akan disusuli dengan perbincangan lanjut berkaitan program ini dalam membentuk kerjasama antara pihak Kementerian Belia dan Sukan dengan pihak Angkatan Tentera Udara Malaysia.