8 Januari 2021, Putrajaya: Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah mengambil inisiatif untuk mengumpul pakaian dan sumbangan barang keperluan asas untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa yang terjejas banjir di seluruh negara. Pada minggu pertama pengoperasian Pusat Bantuan Misi Banjir telah berjaya mengumpulkan pebagai jenis pakaian dan kesemua sumbangan telah diasing dan dibungkus semula bagi memudahkan proses agihan kepada mangsa banjir.
 
Sumbangan fasa pertama ini sebahagiannya telah dihantar kepada mangsa banjir di Johor pada 10 Januari 2021 dan selebihnya akan diagihkan kepada mangsa banjir di negeri lain memandangkan proses pengumpulan sumbangan masih lagi berjalan dengan aktiviti pengumpulan Hygenic Pack & Peralatan Pembersihan.
 
Sebarang bantuan boleh diserahkan terus ke:
Pusat Bantuan Misi Banjir, Galeri KBS, Aras Bawah (Ground Floor), Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Presint 4, Putrajaya.
Pusat ini akan beroperasi bermula pada 4 Januari 2021, dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam (Isnin hingga Jumaat), 9.00 pagi hingga 1.00 petang (Sabtu & Ahad).