Kutipan barangan sumbangan diteruskan bagi minggu kedua. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbang pakaian untuk minggu pertama Pusat Bantuan Misi Banjir Rakan Muda beroperasi.  Pakaian yang diterima telah diasing dan dibungkus semula sebelum diagihkan kepada mangsa banjir.

Bagi minggu kedua ini, Pusat Bantuan Banjir ini menumpukan pengumpulan Hygenic Pack & Peralatan Pembersihan untuk kerja pembersihan pasca banjir.

Sebarang bantuan boleh diserahkan terus ke: Pusat Bantuan Misi Banjir, Galeri KBS, Aras Bawah (Ground Floor), Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Presint 4, Putrajaya. Pusat ini akan beroperasi bermula pada 4 Januari 2021, dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam (Isnin hingga Jumaat), 9.00pagi hingga 1ptg (Sabtu & Ahad).

Terima kasih atas segala sumbangan yang diberikan.

#RakanMudaPrihatin
#SukarelawanRakanMuda
#MisiPascaBanjir
#RakanMudaOfficial