KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2019 - Program Rakan Muda Kreatif "Grafiti" Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019 telah diadakan pada 22 dan 23 November 2019 yang lalu bertempat di Skate Park Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Seramai 62 orang peserta telah menyertai program tersebut yang dikelolakan oleh tenaga pengajar profesional dari EightyFourCube iaitu Abdul Rashade. 
 
Melalui elemen gaya hidup Rakan Inovasi ini, peserta diajar mengenai asas seni grafiti dan diberi platform berkarya mengikut kreativiti dan idea masing-masing.

Melalui program ini, minat dan potensi belia dapat dikenalpasti, dilatih dan digilap.

Disediakan oleh : Mohd Azreen bin Abd Aziz