Taklimat Mycorps3

12 September 2020, Kuala Lumpur - Sesi Taklimat Program MyCorps Malaysia 2.0 bersama "potential stakeholder" Rotary Club dan UNICEF Malaysia di Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Taklimat ini disampaikan kepada Alumni MyCorps yang akan melaksanakan projek-projek di seluruh negeri sempena pelaksanaan Program MyCorps Malaysia 2.0 pada bulan Oktober 2020. Selain itu, berlangsung juga sesi "meet and greet" peserta Program MyCorps Malaysia 2.0 bersama Encik Sabran Abd Bahar, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.