PUTRAJAYA Seramai 22 orang calon yang terdiri daripada 16 orang lelaki & 6 orang wanita telah dipilih dari seluruh Malaysia untuk menghadiri sesi penilaian ini menerusi pencalonan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Sesi penilaian yang berlangsung secara fizikal & virtual selama 2 hari bermula pada 27-28 Julai 2020 bertempat di Diamond Lounge, Aras 4, Menara KBS, Putrajaya diadili oleh 3 orang panel yang berpengalaman luas dalam bidang kesukarelawanan, pembangunan belia serta berkemahiran dalam program Anugerah Remaja Perdana. Anugerah yang dilaksanakan setiap tahun ini merupakan penghargaan tertinggi di Kementerian Belia dan Sukan kepada para belia yang telah memberi sumbangan kepada kerajaan dalam pelbagai bidang . Kategori ini adalah khusus untuk peserta yang telah menyertai program Anugerah Remaja Perdana & telah ditauliahkan tahap tertinggi iaitu Tahap Emas. Selain daripada menilai tahap kepimpinan calon, penglibatan calon dalam memperkembangkan program ARP serta mana-mana program belia yang memberi impak besar kepada kumpulan sasaran turut diambil kira dalam sesi penilaian ini. Syabas & tahniah semua calon yang hadir

Disediakan Oleh:
Bahagian Pembangunan Rakan Muda

Disunting Oleh:
Erni Nurshanisza binti Mohd Markhaza,
Bahagian Pembangunan Rakan Muda