Menara KBS, 10 April 2019 – Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah mengadakan Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Tahun 2019 bagi Kategori Emas Remaja Perdana pada 8 dan 9 April 2019 yang lalu. Seramai 22 orang calon dari seluruh Malaysia hadir ke sesi ini.

Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bagi Kategori Emas Remaja Perdana diwujudkan khas untuk Pemegang Tahap Emas Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang memenuhi kriteria kategori tersebut bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang kepimpinan dan kesukarelaan di samping meningkatkan potensi kepimpinan remaja sebagai pemimpin muda dimasa hadapan.

Panel penilaian diketuai oleh Tuan Haji Sa’don Bin Saruji, dan ahli-ahli panel Tuan Haji Fadzil Bin Yahya dan Tuan Haji Mohamad Aris Bin Mohamed Dol.

Disediakan oleh : Wan Abdul Rahman bin Wan Ismail