PUTRAJAYA, 19 APRIL 2021 – Salam perpisahan dan selamat maju jaya buat Puan Erni Nurshanisza binti Mohd Markhaza, Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang dinaikkan pangkat dan ditempatkan di Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor. Puan Erni telah berkhidmat di Bahagian Pembangunan Rakan Muda bermula tahun 2019 dan ditempatkan di Unit Pengurusan Sukarelawan, Cawangan Pembangunan Kesukarelawanan.

Bahagian Pembangunan Rakan Muda mengucapkan selamat maju jaya Puan Erni Nurshanisza binti Mohd Markhaza.

Oleh: 
Bahagian Pembangunan Rakan Muda