PUTRAJAYA, 2 SEPTEMBER 2020 - Encik Sabran bin Abd Bahar, Timbalan Ketua Pengarah Rakan Muda turut sama dalam mesyuarat yang dianjurkan oleh International Award Foundation (IAF) The Duke of Edinburgh's dari UK dan disertai oleh 4 rantau di seluruh dunia iaitu Asia Pasifik, EMAS, Africa and Americas. Dalam mesyuarat ini, pihak IAF akan membentangkan laporan tahunan penyertaan dan pentauliahan yang telah dihantar oleh setiap negara yang menyertai program anugerah termasuk Malaysia. Di samping itu, mesyuarat ini juga merupakan salah satu medium utk semua NAO & Operating Partner memberikan pendapat, pandangan dan idea bagi penambahbaikkan program anugerah ini.