PUTRAJAYA, 2 FEBRUARI 2021 – Program Rakan Muda Live! Mai Sembang (Siri 12) telah dilaksanakan dengan penglibatan secara langsung YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang berinteraksi secara terus dengan pimpinan Sekretariat Rakan Muda IPT (SRM-IPT). Seramai 10 Orang pimpinan Sekretariat Rakan Muda IPT (SRM-IPT) telah terpilih dalam sesi perbincangan bersama YB Timbalan Menteri bagi mengupas permasalahan yang mahasiswa hadapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dilaksanakan.

Topik yang dibicarakan pada kali ini ialah “Membina ketahanan Anak Muda Mengharungi PKP” dan ianya dijalankan dengan menggunakan Aplikasi Zoom ini antara lain bagi mendapatkan dan mendengar setiap permasalah kebanyakan mahasiswa hadapi sepanjang PKP2.0 ini dilaksanakan. Sesi perbincangan yang berlangsung selama 90 minit ini juga dilihat telah berjaya meneroka peluang-peluang baharu untuk fasa seterusnya melibatkan Kementerian Belia Dan Sukan dan mahasiswa diluar sana.

Program ini akan diteruskan lagi bagi memastikan hasrat Kementerian Belia Dan Sukan untuk membantu belia diluar sana terutama mahasiswa yang terjejas akibat Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang dilaksanakan pada masa sekarang.

Disediakan oleh :
Khairul Afizi Bin Aiyub