LABUAN, 18 JUN 2022 - Lebih kurang 25 orang anak muda menyertai program Rakan Muda Day Out bertempat di Masjid Jamek Layang-Layangan di sini hari ini.

Program yang dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan (JBS WP Labuan) ini bertujuan membudayakan semangat kesukarelawanan di masa yang sama memberikan khidmat kepada komuniti setempat.

Menurut Pengarah JBS WP Labuan, Encik Mohamad Syahffie Japril, program ini merupakan sebahagian daripada perancangan di bawah Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

"Terima kasih diucapkan kepada pengurusan kariah Masjid Jamek Layang-Layangan dan ILP WP Labuan atas sokongan dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan program.

"Diharapkan menerusi inisiatif khidmat komuniti ini, ia dapat membantu menceriakan perkarangan masjid dan secara tidak langsung membentuk jati diri kesukarelawanan dalam kalangan peserta," tambah beliau.

Ditulis oleh: Media JBSN