Putrajaya, 3 April 2019 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Inspirasi Anak Muda (I AM) telah diadakan pada 3 April 2019 yang bertempat di Menara KBS, Putrajaya.

Program Inspirasi Anak Muda ini yang dahulunya dikenali sebagai Projek Angkat Dan Upaya (PADU) ditambah baik dari segi modul-modul terkini berdasarkan trend dan aspirasi anak muda. Program yang akan dilaksanakan bermula April - September 2019 ini mensasarkan golongan anak muda yang berumur 15-25 tahun.

Sebanyak enam (6) buah negeri telah dipilih bagi melaksanakan projek rintis Inspirasi Anak Muda iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, ahli mesyuarat ini terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Islan Malaysia (JAKIM), Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang terlibat.


Disediakan oleh : Khairul Afizi bin Ayub