Bertempat di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) telah berlangsungnya Program Sembako Kasih 3.0.
Program anjuran Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan Jabatan Belia dan Sukan WPKL ini bertujuan menyerahkan sumbangan makanan dan keperluan harian kepada gelandangan dan para asnaf khususnya di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut hadir didalam program ini dan sempat bersama-sama didalam sesi penyerahan sumbangan kepada gelandangan dan asnaf yang hadir.
Semoga usaha ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap kerana ramai golongan yang tidak bernasib baik diluar sana terkesan akibat daripada pandemik yang sedang melanda negara kita.

#SukarelawanRakanMuda #RakanMuda #RakanMudaPrihatin

Oleh:
Bahagian Pembangunan Rakan Muda