PUTRAJAYA, 30 JULAI 2021 – “Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang melaksanakan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) sudah semestinya apabila diperdaya oleh mentor bahawa kami akan berkursus di hotel dan ada di kalangan kami yang membawa pakaian di dalam beg roda. Apabila tiba di lokasi ‘berkursus’ tersebut, alangkah terkejutnya apabila dimaklumkan bahawa kami akan melakukan aktiviti perkhemahan di dalam hutan. Masa tu kami baru tahu, kami kena scam”, kongsi Saudari Ammielya Jusnieza kepada penonton Webinar ARPRM Siri 3 yang diselangi dengan gelak tawa. Beliau yang merupakan penerima Tahap Emas ARPRM tahun 2019 turut berkata bahawa program ARPRM ini telah banyak memberi manfaat kepada beliau termasuklah dari aspek kemahiran berkomunikasi, keyakinan diri, kepimpinan serta pelbagai. Menurutnya lagi, tahap Gangsa, Perak dan Emas yang diperoleh sepanjang melakukan ARPRM telah membawa beliau ke serata dunia dengan pelbagai misi kemasyarakatan, program pertukaran belia dan pelbagai lagi. Turut dijemput sebagai panel di webinar tersebut adalah Saudara Beh Zeng Kang yang merupakan penerima Tahap Emas ARPRM 2018. Menurutnya, ARPRM telah membuka ruang buat beliau untuk mengenali lebih ramai orang dan menceburi bidang-bidang yang diminati. Beliau yang kini giat melakukan aktiviti kesukarelawanan serta penjagaan alam sekitar juga merupakan rakan strategik The Duke of Edinburgh’s Research Education & Conservation Centre. “Berdasarkan pengalaman saya, ARPRM secara tidak langsung menjadi salah satu key indicator kepada kejayaan saya memperoleh tawaran biasiswa di peringkat pengajian tinggi”, katanya lagi. Program ARPRM yang diadaptasi daripada The Duke of Edinburgh’s International Award ini telah dilaksanakan di lebih 130 buah negara seluruh dunia dan ia juga merupakan salah satu program yang diberikan pengiktirafan antarabangsa. Untuk makluman pembaca, Webinar ARPRM ini merupakan salah satu inisiatif dalam talian oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara dalam membawa individu yang telah lama berkecimpung dalam dunia ARPRM untuk berkongsi pengalaman serta buah fikiran mereka. Webinar kali ini juga telah membawa tajuk Emas Permata yang diumpamakan sebagai peserta-peserta ARPRM itu sendiri.

Disediakan Oleh :
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negara

._ERbj1g7D { position: relative; } ._epNwrNGv { position: relative; overflow: hidden; display: inline-flex; justify-content: flex-start; align-items: flex-start; vertical-align: middle; max-width: 100%; } ._epNwrNGv picture { width: 100%; } ._epNwrNGv img { display: inline-block; object-fit: cover; max-width: 100%; max-height: 100%; height: auto; text-align: center; width: 100%; vertical-align: middle; position: unset; } ._epNwrNGv img.pf-placeholder-svg{ min-width: 150px; } ._epNwrNGv.image--rounded { border-radius: 10px; } ._epNwrNGv.image--circle { border-radius: 100%; } ._epNwrNGv[data-action], ._epNwrNGv[data-event] { cursor: pointer; } ._O689JW7n { position: relative; } ._pDNE0kYl { position: relative; } ._pDNE0kYl { margin: 0 -15px; } ._DblQBlAM { position: relative; } ._DblQBlAM { clear: both; } ._DblQBlAM[data-parallax="true"] { position: relative; background: none !important; } ._DblQBlAM__parallax { position: absolute; top: 0; left: 0; width: 100%; height: 100%; overflow: hidden; pointer-events: none; background-size: cover !important; background-repeat: no-repeat; } ._DblQBlAM { box-sizing: border-box; padding: 15px 0; position: relative; } ._DblQBlAM[data-container] ._DblQBlAM__container { padding-left: 15px; padding-right: 15px; width: auto; margin: auto; box-sizing: border-box; } ._DblQBlAM .pf-parallax__img { position: absolute; object-fit: cover; top: 0; left: 0; width: 100%; height: 100%; z-index: -1; } ._VWvqNvR9 { vertical-align: middle; } ._7XqAY8_A > span:last-child { line-height: inherit; } ._7XqAY8_A[class*="dropcap--"] > span:first-child { display: block; margin-right: 10px; float: left; font-size: 2em; background: #919da9; color: black; width: 50px; height: 50px; line-height: 50px; } ._7XqAY8_A[class*="dropcap--"]:not(.dropcap--none) > span:first-child { margin-right: 20px; text-align: center; } ._7XqAY8_A.dropcap--none > span:first-child { text-align: inherit; line-height: 1 !important; width: auto !important; height: auto !important; background: none !important; border-radius: 0; } ._7XqAY8_A.dropcap--circle > span:first-child { border-radius: 100%; } ._7XqAY8_A:not([class*="dropcap--"]) > span { margin-right: 0 !important; } ._7XqAY8_A ol, ._7XqAY8_A ul { list-style-position: inside; } ._7XqAY8_A blockquote { font-size: inherit; } @media all { .__pf_hyfpny ._mLert6D0[data-id="_mLert6D0"] { border-style: solid; border-width: 3px; border-color: rgb(113, 127, 142); padding: 10px; justify-content: center; align-items: center; } .__pf_hyfpny ._Vag_hnMl[data-id="_Vag_hnMl"] { text-align: justify; } } @media only screen and (max-width: 767px) { } @media only screen and (min-width: 768px) and (max-width: 991px) { } @media only screen and (min-width: 992px) and (max-width: 1199px) { } @media only screen and (min-width: 1200px) { }
window.__pagefly_options__=window.__pagefly_options__||[],window.__pagefly_options__.push({"isBackend":false,"isPreview":false,"key":"helper","css":[],"js":[],"page_id":"29729"});