12 September 2021

IPOH: Pendaftaran untuk khidmat Sukarelawan Pembantu Vaksin Malaysia (MyVac) yang dibuka pada Februari lalu didapati jauh melebihi permintaan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata setakat ini, seramai 320,000 individu mendaftar untuk menyertai khidmat berkenaan di seluruh negara, namun hanya 8,187 sukarelawan dapat ditugaskan di 417 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara setakat 2 September lalu. "Sambutan menggalakkan dan melebihi permintaan, namun khidmat ini bergantung pada PPV di setiap tempat," katanya selepas lawatan kerja ke PPV Stadium Indera Mulia sempena Program Skuad Sukarelawan Rakan Muda Negeri Perak, di sini hari ini. Ahmad Faizal berkata, bagi Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Perak, seramai 979 sukarelawan ditempatkan di 25 PPV seluruh negeri ini.Katanya, inisiatif itu membantu melancarkan tugas PPV dan merealisasikan hasrat negara untuk mencapai imuniti kelompok. Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Faizal berkata, inisiatif MyVac turut membantu meringankan bebanan individu yang kehilangan pekerjaan. "KBS berbesar hati dapat membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan berbangga dengan semangat kesukarelawan MyVac. "Ada dalam kalangan sukarelawan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi penyertaan dalam MyVac membolehkan mereka mendapat sedikit imbuhan untuk bagi membantu sara hidup. "Rata-rata bersetuju sukarelawan MyVac banyak membantu petugas kesihatan dalam melicinkan proses pemberian vaksin, selain tugas saringan suhu pendaftaran, mengawal ruang menunggu dan lain-lain," katanya.

Kredit :
Balqis Jazimah Zahari
Berita Harian Online

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/863012/pendaftaran-sukarelawan-myvac-melebihi-permintaan

._ERbj1g7D { position: relative; } ._epNwrNGv { position: relative; overflow: hidden; display: inline-flex; justify-content: flex-start; align-items: flex-start; vertical-align: middle; max-width: 100%; } ._epNwrNGv picture { width: 100%; } ._epNwrNGv img { display: inline-block; object-fit: cover; max-width: 100%; max-height: 100%; height: auto; text-align: center; width: 100%; vertical-align: middle; position: unset; } ._epNwrNGv img.pf-placeholder-svg{ min-width: 150px; } ._epNwrNGv.image--rounded { border-radius: 10px; } ._epNwrNGv.image--circle { border-radius: 100%; } ._epNwrNGv[data-action], ._epNwrNGv[data-event] { cursor: pointer; } ._O689JW7n { position: relative; } ._pDNE0kYl { position: relative; } ._pDNE0kYl { margin: 0 -15px; } ._DblQBlAM { position: relative; } ._DblQBlAM { clear: both; } ._DblQBlAM[data-parallax="true"] { position: relative; background: none !important; } ._DblQBlAM__parallax { position: absolute; top: 0; left: 0; width: 100%; height: 100%; overflow: hidden; pointer-events: none; background-size: cover !important; background-repeat: no-repeat; } ._DblQBlAM { box-sizing: border-box; padding: 15px 0; position: relative; } ._DblQBlAM[data-container] ._DblQBlAM__container { padding-left: 15px; padding-right: 15px; width: auto; margin: auto; box-sizing: border-box; } ._DblQBlAM .pf-parallax__img { position: absolute; object-fit: cover; top: 0; left: 0; width: 100%; height: 100%; z-index: -1; } ._VWvqNvR9 { vertical-align: middle; } ._7XqAY8_A > span:last-child { line-height: inherit; } ._7XqAY8_A[class*="dropcap--"] > span:first-child { display: block; margin-right: 10px; float: left; font-size: 2em; background: #919da9; color: black; width: 50px; height: 50px; line-height: 50px; } ._7XqAY8_A[class*="dropcap--"]:not(.dropcap--none) > span:first-child { margin-right: 20px; text-align: center; } ._7XqAY8_A.dropcap--none > span:first-child { text-align: inherit; line-height: 1 !important; width: auto !important; height: auto !important; background: none !important; border-radius: 0; } ._7XqAY8_A.dropcap--circle > span:first-child { border-radius: 100%; } ._7XqAY8_A:not([class*="dropcap--"]) > span { margin-right: 0 !important; } ._7XqAY8_A ol, ._7XqAY8_A ul { list-style-position: inside; } ._7XqAY8_A blockquote { font-size: inherit; } @media all { .__pf_8rogi8 ._ENZEI8Lr[data-id="_ENZEI8Lr"] { border-style: solid; border-width: 3px; border-color: rgb(113, 127, 142); padding: 10px; } .__pf_8rogi8 ._n76nhwM5[data-id="_n76nhwM5"] { text-align: justify; } } @media only screen and (max-width: 767px) { } @media only screen and (min-width: 768px) and (max-width: 991px) { } @media only screen and (min-width: 992px) and (max-width: 1199px) { } @media only screen and (min-width: 1200px) { }
window.__pagefly_options__=window.__pagefly_options__||[],window.__pagefly_options__.push({"isBackend":false,"isPreview":false,"key":"helper","css":[],"js":[],"page_id":"30013"});