Malaysia telah memulakan Program Imunisasi COVID-19 pada 24 Februari 2021.
Terdapat tiga peringkat program imunisasi iaitu Fasa 1 (Februari – April 2021) untuk petugas barisan hadapan, Fasa 2 (April – Ogos 2021) untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi dan Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022) untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) diterajui oleh MOSTI, KBS, KPT dan KKM. Inisiatif Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) ini diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan bantuan
daripada Kementerian Pengajian Tinggi serta mendapat sokongan penuh dari
pihak COVID-19 Immunisation Task Force (CITF).

MyVac adalah inisiatif pengembelengan tenaga sukarelawan (perkhidmatan bukan kesihatan) sebagai pemudah cara dan membantu petugas barisan hadapan dalam
melancarkan pergerakan penerima vaksin di PPV seluruh negeri dan daerah yang diselaraskan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Pendaftaran MyVac kini dibuka kepada orang ramai melalui laman web https://www.myvac.com.my dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. 
Orang ramai boleh mendaftar sama ada sebagai sukarelawan am ataupun sukarelawan perubatan, dan ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negara.  Mereka juga boleh memilih lokasi dan masa mengikut kelapangan masing-masing. Maklumat tentang MyVac boleh didapati di laman web https://www.myvac.com.my. 

Bersama #kitajagakita dan marilah kita #lindungidirilindungisemua
#MyVac #RakanMuda #YouthVolunteer

Oleh:
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negara