12 SEPTEMBER 2021

IPOH: Seramai 320,000 individu mendaftar menyertai Sukarelawan Pembantu Vaksin Malaysia (MyVac) setakat ini sekali gus menjadikan ia melebihi permintaan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, penyertaan menggalakkan diterima sejak pendaftaran inisiatif khidmat sukarelawan itu dibuka pada Februari lalu. Bagaimanapun katanya, daripada jumlah itu hanya 8,187 orang sukarelawan ditugaskan di 417 buah Pusat pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara setakat 2 September lalu. "Pendaftaran sukarelawan MyVac amat menggalakkan dan melebihi permintaan. Bagaimanapun permintaan sukarelawan ini bergantung kepada PPV di setiap tempat,'' katanya kepada pemberita ketika lawatan kerja di PPV Stadium Indera Mulia sempena Program Skuad Sukarelawan Rakan Muda Negeri Perak di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Dr Wasitah Mohd Yusof; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin. Ahmad Faizal berkata, bagi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, seramai 979 orang sukarelawan ditempatkan di 25 PPV seluruh negeri ini. Katanya, inisiatif ini bukan sahaja membantu dalam melancarkan tugas PPV malah melancarkan hasrat negara untuk mencapai imuniti kelompok. Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Faizal berkata, inisiatif sukarelawan MyVac turut membantu dalam meringankan bebanan individu yang kehilangan pekerjaan. "Ada dalam kalangan sukarelawan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 dan melalui penyertaan dalam MyVac, mereka dapat sedikit imbuhan untuk bagi membantu sara kehidupan sambil meringankan beban. "Rata-rata bersetuju sukarelawan MyVac banyak membantu petugas kesihatan dalam melicinkan proses penerimaan vaksin, membantu melaksanakan tugas selain tugas kesihatan," katanya. Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal meminta orang ramai menghentikan kecaman berhubung isu jaguh lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli yang terlepas pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo bagi mengelak emosi atlet itu terganggu. "Hentikan kecaman, bagi sedikit keyakinan kepada Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS). "Saya bagi komitmen bahawa bukan sahaja Ziyad tetapi semua atlet paralimpik dan atlet lain akan sentiasa mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan. "Elok berbincang tentang perkara bagaimana kita hendak untuk terus ke hadapan dan belajar daripada apa yang kita alami," katanya.

Kredit :
Balqis Jazimah Zahari
Harian Metro

Pautan Artikel Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/753948/pendaftaran-myvac-menggalakkan-melebihi-permintaan

._ERbj1g7D { position: relative; } ._epNwrNGv { position: relative; overflow: hidden; display: inline-flex; justify-content: flex-start; align-items: flex-start; vertical-align: middle; max-width: 100%; } ._epNwrNGv picture { width: 100%; } ._epNwrNGv img { display: inline-block; object-fit: cover; max-width: 100%; max-height: 100%; height: auto; text-align: center; width: 100%; vertical-align: middle; position: unset; } ._epNwrNGv img.pf-placeholder-svg{ min-width: 150px; } ._epNwrNGv.image--rounded { border-radius: 10px; } ._epNwrNGv.image--circle { border-radius: 100%; } ._epNwrNGv[data-action], ._epNwrNGv[data-event] { cursor: pointer; } ._O689JW7n { position: relative; } ._pDNE0kYl { position: relative; } ._pDNE0kYl { margin: 0 -15px; } ._DblQBlAM { position: relative; } ._DblQBlAM { clear: both; } ._DblQBlAM[data-parallax="true"] { position: relative; background: none !important; } ._DblQBlAM__parallax { position: absolute; top: 0; left: 0; width: 100%; height: 100%; overflow: hidden; pointer-events: none; background-size: cover !important; background-repeat: no-repeat; } ._DblQBlAM { box-sizing: border-box; padding: 15px 0; position: relative; } ._DblQBlAM[data-container] ._DblQBlAM__container { padding-left: 15px; padding-right: 15px; width: auto; margin: auto; box-sizing: border-box; } ._DblQBlAM .pf-parallax__img { position: absolute; object-fit: cover; top: 0; left: 0; width: 100%; height: 100%; z-index: -1; } ._VWvqNvR9 { vertical-align: middle; } ._7XqAY8_A > span:last-child { line-height: inherit; } ._7XqAY8_A[class*="dropcap--"] > span:first-child { display: block; margin-right: 10px; float: left; font-size: 2em; background: #919da9; color: black; width: 50px; height: 50px; line-height: 50px; } ._7XqAY8_A[class*="dropcap--"]:not(.dropcap--none) > span:first-child { margin-right: 20px; text-align: center; } ._7XqAY8_A.dropcap--none > span:first-child { text-align: inherit; line-height: 1 !important; width: auto !important; height: auto !important; background: none !important; border-radius: 0; } ._7XqAY8_A.dropcap--circle > span:first-child { border-radius: 100%; } ._7XqAY8_A:not([class*="dropcap--"]) > span { margin-right: 0 !important; } ._7XqAY8_A ol, ._7XqAY8_A ul { list-style-position: inside; } ._7XqAY8_A blockquote { font-size: inherit; } @media all { .__pf_7qhhn7 ._2XAKtqXR[data-id="_2XAKtqXR"] { border-style: solid; border-width: 3px; border-color: rgb(113, 127, 142); padding: 10px; } .__pf_7qhhn7 ._Ybpmh_Gj[data-id="_Ybpmh_Gj"] { text-align: justify; } } @media only screen and (max-width: 767px) { } @media only screen and (min-width: 768px) and (max-width: 991px) { } @media only screen and (min-width: 992px) and (max-width: 1199px) { } @media only screen and (min-width: 1200px) { }
window.__pagefly_options__=window.__pagefly_options__||[],window.__pagefly_options__.push({"isBackend":false,"isPreview":false,"key":"helper","css":[],"js":[],"page_id":"30015"});