Pemilihan Pemenang

Mesyuarat pemilihan pemenang Pertandingan Khat@RakanMuda Peringkat Kebangsaan 2020 sedang berlangsung hari ini di Menara KBS, Putrajaya. Seramai 3 orang juri berpengalaman dalam bidang khat terlibat dalam proses pemilihan ini. Siapakah yang akan dipilih bagi memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga pertandingan ini? Wakil negeri manakah yang akan mengharumkan nama negeri mereka? Sama-sama kita nantikan keputusan para juri yang akan diumumkan di halaman rasmi facebook RakanMuda serta laman sesawang www.jbsn.gov.my. Keputusan pemenang akan diketahui hari ini dan akan diumumkan pada hari Khamis, 24 September 2020.