JOHOR BAHRU, 2 APRIL 2021 - Pemantauan Pematuhan SOP Sukan dan Rekreasi di Stadium Sultan Ibrahim melibatkan perlawanan Liga Super JDT menentang Melaka United.
Pemantauan melibatkan tinjauan pematuhan SOP dari KBS, MKN, PDRM dan MFL.
Antara elemen yang dipantau adalah mekanisme penjualan tiket dan kemasukan penyokong ke dalam stadium, agihan tempat duduk serta elemen pengurusan lain seperti penyediaam peralatan seperti pemeriksa suhu, QR Code My Sejahtera, laluan keluar masuk untuk pasukan dan pengunjung.
Sesi pemantauan dimulakan dengan taklimat dari Pengurus Fasiliti diikuti dengan lawatan ke laluan dan pintu masuk stadium, tempt duduk penonton, tempat jualan dam pelan pengurusan SOP.
Tinjauan diteruskan dengan lawatan YBM Dato' Sri Reezal Merican ke laluan masuk, tempat duduk penonton dan kemudahan yang terdapat di stadium tersebut.
Turut dipantau adalah kaedah pengurusan pergerakan keluar penonton dan pasukan setelah tamat perlawanan.
Pemantauan akan diteruskan di Stadium KLFA Cheras pada malam ini.
Sukarelawan RM-SBV terlibat bagi pemantauan ini adalah seramai 30 orang.

Disediakan Oleh:
Bahagian Pembangunan Rakan Muda