PUTRAJAYA, 19 APRIL 2021 – Modul Kesukarelawanan bagi Kursus Kepegawaian Kementerian Belia dan Sukan (KKKBS) 2021 dimulai dengan ucapan aluan Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, YBrs. Puan Azura Hj. Sarbin. Kelainan kursus pada kali ini, ianya dilaksanakan mengikut norma baharu iaitu secara atas talian (online) bagi mengurangkan dan mengawal kebolehjangkitan di kalangan pegawai-pegawai disebabkan Pandemik COVID-19 yang sedang melanda Malaysia dan dunia.

Modul Kesukarelawanan merupakan modul terakhir bagi KKKBS 2021 yang mana tiada aktiviti fizikal seperti KKKBS sebelum ini seperti Khidmat Komuniti, Gotong Royong & Fundraising. Antara program Kesukarelawan di bawah Bahagian Pembangunan Rakan Muda yang akan dikongsi bersama peserta-peserta KKKBS adalah seperti MyCorps, Rakan Muda Day Out (RMDO), Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM), RM Prihatin (Pasca Bencana), Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) dan juga berkaitan sukarelawan di Malaysia.

Walau apa pun konsep pelaksanaan KKKBS, yang penting adalah ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh penceramah-penceramah bagi setiap modul untuk dipelajari dan diadaptasikan semasa pulang ke lokasi masing-masing.

As the famous saying goes, "Volunteers Don't Get Paid Not Because They Are Worthless, But Because They Are Priceless"

Oleh: 
Bahagian Pembangunan Rakan Muda