Putrajaya, 14 Mac 2019 - Mesyuarat Libat Urus Bersama Kementerian Berkaitan Bagi Penetapan Hala Tuju Program PERMATA yang telah diadakan pada 13 Mac 2019 bertempat di Kementerian Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat.  Dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Kamel bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Pendidikan Malaysia, mesyuarat membincangkan pertindihan fungsi Program PERMATA dengan agensi dan kementerian lain selain mendapatkan input hala tuju Program PERMATA.

Program Perkasa Remaja diilhamkan sebagai strategi bersepadu berteraskan prinsip pembangunan dan pemerkasaan remaja positif bagi menangani isu-isu remaja berisiko yang berleluasa. Pusat Pemerkasaan Remaja, UKM ditubuhkan pada 5 Januari 2010 bagi menyelaras Program PERKASA Remaja.

Program tersebut mensasarkan remaja berumur 13 hingga 25 tahun yang berisiko dan remaja yang terlibat dalam aktiviti rempit. Objektif program adalah bagi mengupayakan dan memperkasa remaja berisiko (youth at risk) dan remaja yang terlibat dalam aktiviti merempit melalui pendekatan yang sesuai dan dekat di hati remaja. Selain itu ia memberi manfaat kepada remaja dan belia melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dan memberikan peluang kepada mereka untuk melihat kehidupan daripada perspektif yang lebih positif.

Wakil Kementerian yang menghadiri mesyuarat ini, Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda. Antara program yang pernah dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) berkaitan dengan Program PERMATA adalah Program Angkat dan Upaya (PADU) yang dilaksanakan bermula tahun 2014 hingga 2016.

Disediakan oleh : Siti Hajah  binti Husien