Kuala Lumpur, 8 Ogos 2019 - YBhg. En Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah merasmikan Majlis Penutup Taklimat Program Inspirasi Anak Muda (I AM) kepada pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan guru-guru sekolah yang terlibat. Sesi taklimat selama dua hari bermula 7 hingga 8 Ogos ini, telah diadakan di Akademi Kenegaraan, Kementerian Belia dan Sukan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Objektif utama sesi taklimat ini adalah untuk memberikan menerangkan pelaksanaan Program I AM di tujuh buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Seramai 49 orang telah hadir di program ini yang terdiri daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, guru sekolah yang terlibat serta Pegawai Pemantau Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

Turut hadir bersama dalam majlis penutup tersebut Ustaz Wan Ahmad Fakhrurazi bin Wan Yusoff, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Sdra Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia dan penceramah khas Pn Priscilla Ho, Pengasas Creativity Heart.

Disediakan oleh : Yusniza binti Mohamad Yusof