30 Oktober 2020, Pulau Pinang -Lawatan rasmi oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBhg. Dato’ Dr. Hjh. Wasitah binti Mohd Yusoff  ke tapak projek MyCorps Malaysia 2.0 di Kampung Paya Keladi Masjid.  Projek yang dijalankan oleh Kumpulan MyCorps #teampenang dengan kerjasama Kelab Belia Paya Keladi Masjid dan Ahli Khariah Kampung Paya Keladi Masjid. Projek tersebut dinamakan sebagai PADIMAS COMMUNITY CENTRE . Di kawasan tersebut terdapat sebuah Kabin serbaguna yang berfungsi sebagai pejabat urusan, bilik seminar dan pusat komuniti setempat. Selain itu, terdapat juga Mini Taman Permainan yang dinamakan sebagai KidzLand . Turut serta Encik Nizam Bin Daud (Pengarah Cawangan Post Khidmat Negara), Encik Mohd Saiful Bin Abdul Talib (Pegawai Gaya Hidup, Bahagian Rakan Muda Pulau Pinang ) ,Cik Natrah Binti Esa ( Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Seberang Perai Utara ) dan Wakil Jawatankuasa dari Kelab Belia Paya Keladi Masjid .