PUTRAJAYA, 11 MEI 2021 – Lawatan Pemantauan YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seri Seroja, Putrajaya untuk meninjau proses pemberian vaksin bagi Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) melibatkan warga emas dan golongan rentan iaitu yang berusia 60 tahun ke atas serta golongan kelainan upaya (OKU).
 
Belia juga berkesempatan meluangkan masa beramah mesra bersama Sukarelawan Bukan Kesihatan MyVac dengan memberi amanat dan kata-kata semangat kepada semua sukarelawan yang bertugas di PPV ini. MyVac adalah inisiatif pengembelengan tenaga sukarelawan (perkhidmatan bukan kesihatan) sebagai pemudah cara dan membantu petugas barisan hadapan dalam melancarkan pergerakan penerima vaksin di PPV seluruh negeri dan daerah.
 
Hadir bersama YBrs. Puan Azura Hj. Sarbin, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan Puan Siti Rahayu Binti Rabudin, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya.

Oleh:
Bahagian Pembangunan Rakan Muda