PUTRAJAYA, 16 April 2021, Jumaat - Satu kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Al Khawarizmi, Jabatan Pendidikan Tinggi.

Pertemuan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi dan Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Tujuan kunjungan ini adalah untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama diantara pihak Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Jabatan Pendidikan Tinggi dalam pembangunan belia Institusi Pengajian Tinggi.

Oleh:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA