TUARAN, 23 JUN 2022 - Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad hadir merasmikan penutupan Program Rintis Sukarelawan Belia Nasional Tahap Asas bertempat di Kem Malanggang, Tuaran, Sabah.

Program ini diadakan bagi pemerkasaan sukarelawan melalui latihan secara upskilling dan reskilling serta mempunyai sistem pentadbiran dan pengurusan sukarelawan yang efisien lagi sistematik.

Menurut Tuan Mohd Azhari, modul khusus bagi pembangunan sukarelawan ini dibangunkan untuk memberi peluang kepada golongan belia bagi menyertai program latihan yang akan diadakan dalam tiga (3) peringkat, iaitu Tahap Asas, Tahap Pertengahan dan Tahap Lanjutan.

"Melalui program latihan ini, sukarelawan berpeluang bagi mendalami ilmu kesukarelawanan berasaskan pembangunan modal insan, kemahiran pengurusan acara sukan dan acara sosial, pembangunan ekonomi serta pengurusan bencana," tambah beliau.

Turut bersama, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN, Encik Nik Mazuki Nik Mat.

Ditulis oleh: Media JBSN