KUALA LUMPUR : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaksanakan pelbagai program bagi mempersiapkan golongan muda khususnya berkaitan Undi 18, sebagai persediaan kerajaan ke arah pelaksanaannya. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, KBS sentiasa peka dan amat prihatin, untuk memberi kesedaran berterusan kepada orang muda mengenai hak mengundi. "Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah melalui program Rukun Negara @ Belia khusus untuk golongan belia di negara ini. "Pengisian utama program ini ialah memberi kesedaran kepada belia untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berikutan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, selain meningkatkan pengetahuan literasi politik," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. Beliau menjawab soalan Senator Khairil Nizam Khirudin yang ingin tahu program yang dilaksanakan oleh KBS bagi mempersiapkan golongan belia khususnya Undi 18, untuk menjadikan golongan belia lebih peka, cakna dan berpartisipasi (turut serta), dalam politik demokrasi negara. Ahmad Faizal berkata, sebanyak 114 program Rukun Negara@Belia secara bersemuka dan dalam talian sudah dirancang pada tahun ini, dan setakat 15 September lalu sebanyak 87 program dilaksanakan dengan membabitkan penyertaan 55,696 orang. Selain itu, beliau berkata, sebagai langkah pendidikan dan kesedaran berterusan, KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan sudah merangka kempen literasi politik, yang bermatlamat memberi kesedaran dan kefahaman terutama para belia yang akan mengundi buat kali pertama. "Kementerian juga menghasilkan satu video pendek 'Etos Anak Muda' bertujuan memberi penerangan, pengukuhan kefahaman berkaitan negara Malaysia, yang mengamalkan demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. "Program lain ialah Rakan Muda Klik secara dalam talian dilaksanakan berbentuk kuiz mengenai aspek kenegaraan, patriotik, politik dan tadbir urus negara. Ia bertujuan meningkatkan pengetahuan generasi muda bagi mentransformasikan nilai-nilai demokrasi, pengetahuan am dan kenegaraan, selain meningkatkan jati diri serta semangat kenegaraan dalam diri peserta," katanya.

Kredit :
Gambar : hmetro
Artikel : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/762833/kesedaran-pengetahuan-orang-muda-mengenai-undi-18-dipertingkat

._ERbj1g7D { position: relative; } ._epNwrNGv { position: relative; overflow: hidden; display: inline-flex; justify-content: flex-start; align-items: flex-start; vertical-align: middle; max-width: 100%; } ._epNwrNGv picture { width: 100%; } ._epNwrNGv img { display: inline-block; object-fit: cover; max-width: 100%; max-height: 100%; height: auto; text-align: center; width: 100%; vertical-align: middle; position: unset; } ._epNwrNGv img.pf-placeholder-svg{ min-width: 150px; } ._epNwrNGv.image--rounded { border-radius: 10px; } ._epNwrNGv.image--circle { border-radius: 100%; } ._epNwrNGv[data-action], ._epNwrNGv[data-event] { cursor: pointer; } ._O689JW7n { position: relative; } ._pDNE0kYl { position: relative; } ._pDNE0kYl { margin: 0 -15px; } ._DblQBlAM { position: relative; } ._DblQBlAM { clear: both; } ._DblQBlAM[data-parallax="true"] { position: relative; background: none !important; } ._DblQBlAM__parallax { position: absolute; top: 0; left: 0; width: 100%; height: 100%; overflow: hidden; pointer-events: none; background-size: cover !important; background-repeat: no-repeat; } ._DblQBlAM { box-sizing: border-box; padding: 15px 0; position: relative; } ._DblQBlAM[data-container] ._DblQBlAM__container { padding-left: 15px; padding-right: 15px; width: auto; margin: auto; box-sizing: border-box; } ._DblQBlAM .pf-parallax__img { position: absolute; object-fit: cover; top: 0; left: 0; width: 100%; height: 100%; z-index: -1; } ._VWvqNvR9 { vertical-align: middle; } ._7XqAY8_A > span:last-child { line-height: inherit; } ._7XqAY8_A[class*="dropcap--"] > span:first-child { display: block; margin-right: 10px; float: left; font-size: 2em; background: #919da9; color: black; width: 50px; height: 50px; line-height: 50px; } ._7XqAY8_A[class*="dropcap--"]:not(.dropcap--none) > span:first-child { margin-right: 20px; text-align: center; } ._7XqAY8_A.dropcap--none > span:first-child { text-align: inherit; line-height: 1 !important; width: auto !important; height: auto !important; background: none !important; border-radius: 0; } ._7XqAY8_A.dropcap--circle > span:first-child { border-radius: 100%; } ._7XqAY8_A:not([class*="dropcap--"]) > span { margin-right: 0 !important; } ._7XqAY8_A ol, ._7XqAY8_A ul { list-style-position: inside; } ._7XqAY8_A blockquote { font-size: inherit; } @media all { .__pf_ow1qjy ._95WwI_b7[data-id="_95WwI_b7"] { border-style: solid; border-width: 3px; border-color: rgb(113, 127, 142); padding: 10px; } .__pf_ow1qjy ._l5J9hE43[data-id="_l5J9hE43"] { text-align: justify; } } @media only screen and (max-width: 767px) { } @media only screen and (min-width: 768px) and (max-width: 991px) { } @media only screen and (min-width: 992px) and (max-width: 1199px) { } @media only screen and (min-width: 1200px) { }
window.__pagefly_options__=window.__pagefly_options__||[],window.__pagefly_options__.push({"isBackend":false,"isPreview":false,"key":"helper","css":[],"js":[],"page_id":"30294"});