SEMENYIH, 22 APRIL 2022 - Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad hadir ke program CSR Komuniti Sempena Penghayatan Bulan Ramadan Bersama Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia bertempat di Semenyih.

Program anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) ini merupakan inisiatif khas bagi bersama mengimarahkan Ramadan bersama penghuni Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.

Lebih manis, pelbagai pengisian sepanjang program berlangsung antaranya gotong royong, ceramah agama, sesi perkongsian bersama penghuni dan banyak lagi.

Menurut Tuan Mohd Azhari, program ini merupakan inisiatif yang baik bagi bersama menghidupkan Ramadan bersama komuniti yang memerlukan terutamanya dalam kalangan penghuni.

"JBSN sentiasa menyokong usaha sebegini terutamanya di dalam memberikan perkhidmatan dan menyampaikan tanggungjawab secara terus kepada komuniti termasuklah dalam kalangan warga emas," ujar beliau.

Turut bersama, Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Vellapandian Ponnusamy dan warga kerja IYRES. Manakala sesi perkongsian telah disampaikan oleh Pengurus Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Encik Sazali Mohiden.

Ditulis oleh: Media JBSN