SEDIM, 3 JUN 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) selesai menjalankan program Team Building SRM IPT Zon Utara bertempat di Sedim Eco Resort, Kedah.

Berlangsung pada 2 hingga 3 Jun, program ini diadakan dengan tujuan memberikan penerangan mengenai program dan aktiviti Rakan Muda seterusnya dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, program Rakan Muda akan terus ditingkatkan termasuklah melibatkan kerjasama strategik bersama IPT agar pelaksanaan program memberikan impak kepada pemegang taruh.

"JBSN berharap agar pelaksanaan program kelak akan dilaksanakan mengikut perancangan terutamanya di dalam membentuk karakter anak muda seterusnya menyumbang bakti kepada negara kelak," tambah beliau.

Majlis penutup disempurnakan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Mohd Nizam bin Mat Daud. Turut hadir, Penolong Pengarah Rakan Muda Ibu Pejabat JBSN, saudara Azreen Abdul Aziz.

Ditulis oleh: Media JBSN