KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2022 - Bagi memastikan silibus sukarelawan belia adalah terkini dan bertepatan dengan kehendak semasa, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sedang menganjurkan Bengkel Pembangunan Modul Sukarelawan Belia.

Bengkel yang dianjurkan di Pusat Belia Antarabangsa ini turut disertai dengan pakar-pakar rujuk daripada pelbagai lapangan diketuai Prof. Madya Dr. Ismi Ismail dan Prof Madya Dr. Haslinda Abdullah dari IPSAS Universiti Putra Malaysia (UPM).

Antara penekanan yang diberikan sepanjang pembangunan modul adalah melibatkan kepelbagaian perspektif antaranya kemahiran kendiri, komunikasi, kecemasan dan perubatan asas, hubungan strategik dan banyak lagi.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, bengkel ini merupakan inisiatif JBSN bagi membangunkan satu kerangka modul latihan bagi melahirkan sukarelawan dengan penekanan melibatkan perspektif upskilling dan reskilling.

"Modul ini dibangunkan dengan mengambil kira input daripada pakar rujuk daripada pelbagai lapangan termasuklah fokus bagi pemantapan kerohanian dan jasmani dalam kalangan sukarelawan belia," tambah beliau.

Majlis penyampaian amanat turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Rakan Muda), Puan Azura Haji Sarbin.

Ditulis oleh: Media JBSN