PUTRAJAYA, 3 Mac 2021 - Info dan maklumat berkaitan aktiviti Rakan Muda kini boleh dicapai terus menerusi Telegram. Sebuah channel khas “Rakan Muda Official” telah dicipta bagi tujuan memperluas kaedah penyaluran informasi buat pengetahuan masyarakat dan golongan belia di luar sana. Pelbagai medium dan platform yang kini hanya di hujung jari harus dimanfaatkan oleh Rakan Muda yang turut mempunyai akaun Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube. Dengan memfokuskan kepada aktiviti kesukarelawan dan pembangunan potensi remaja, platform Telegram ini diharap dapat membantu Rakan Muda dalam menyebarkan berita, fakta serta maklumat dengan lebih efektif dan menarik.

Jangan tunggu lagi, capai gajet anda sekarang dan ikuti channel telegram Rakan Muda Official di https://t.me/Rakan_Muda_Official

Disediakan oleh:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA