14 Januari, Pekan, Pahang: Team Sukarelawan Rakan Muda Prihatin kemudian melawat mangsa banjir di PPS Tanjung Lepar untuk menyampaian bantuan berbentuk pek makanan dan pakaian serta peralatan untuk pembersihan. Kunjungan dan taklimat kepada sukarelawan disampaikan oleh Encik Zol Bin Abdul Wahab, Tok Empat Kampung Tanjung. Pada masa ini PPS tersebut menempatkan lebih 77 mangsa banjir daripada 20 keluarga.

Selepas kira-kira sejam berada di PPS Tanjung Lepar, konvoi sukarelawan seterusnya bergerak ke PPS Taman Selasih untuk melawat mangsa banjir di sana. Setibanya di PPS, sukarelawan disambut dan diberikan taklimat oleh Tok Empat Taman Selasih, Encik Abd. Rashid Bin Abd. Rahman. Sebanyak 30 kampit beras, baju baru pelbagai saiz untuk lelaki dan wanita serta selimut bagi menghangatkan badan di malam hari. Di PPS ini menempatkan 167 orang melibatkan 15 keluarga.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan mangsa-mangsa banjir telah berpindah keluar dari PPS untuk tinggal bersama saudara-mara yang berada di Kuantan memandangkan ruang PPS yang kecil, padat dan tidak selesa terutamanya kepada golongan wanita dan OKU.