14 Januari, Pekan, Pahang: Mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Institut Kemahiran Belia Negara Pekan telah menerima kunjungan daripada Sukarelawan Team Rakan Muda Prihatin KBS dan MBM bersama-sama pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang seawal 8.00 pagi. Kunjungan ke PPS tersebut memberikan sedikit kelegaan kepada mangsa-mangsa banjir yang telah kehilangan mata pencarian, harta benda disebabkan hanyut serta ditenggelami air.

Team Sukarelawan Rakan Muda Prihatin telah menyampaian bantuan seperti kit ibadah (kain pelikat, telekung sejadah), kit makanan asas (beras, minyak, gula, kicap, sardin telur), kit kesihatan (facemask, hand sanitizer, berus dan ubat gigi, sabun mandian, tuala wanita), kit pakaian (tuala, pakaian dalam, pakaian bersih untuk lelaki, wanita, kanak-kanak, bayi). Team Sukarelawan juga telah meluangkan masa beramah mesra dengan beberapa mangsa banjir serta petugas yang ditempatkan di PPS tersebut.

Lawatan tersebut telah disambut oleh Pengarah IKBN Pekan, Encik Yusop Bin Ibrahim dan Ketua Balai Polis Paloh Inai, Sarjan Mejar (SM) Encik Hanif.