PUTRAJAYA, 28 Februari 2020 - Satu sesi diskusi ilmiah dan lawatan telah diadakan di Aras 4, Menara KBS dalam usaha untuk mendedahkan mahasiswa universiti berkenaan Kementerian Belia dan Sukan dan mengukuhkan hubungan dua hala di antara kedua-dua agensi.

Program ini telah dihadiri seramai 38 mahasiswa yang terdiri daripada ahli Sekretariat Rakan Muda (SRM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Para mahasiswa telah diberikan taklimat daripada Unit Komunikasi Korporat KBS dan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) berkenaan fungsi dan peranan KBS, JBS, program-program Pembangunan Belia. Sukan dan Rakan Muda serta maklumat terbaru berkaitan Sekretariat Rakan Muda.

Sesi ini telah dirasmikan oleh En Abd Aziz bin Abd Rahman selaku Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

 

Disediakan oleh : Mohamad Fadil Bin Sulaiman