PUTRAJAYA, 20 OGOS 2021 – Badan Operasi (BO) merupakan salah sebuah entiti utama dalam memastikan pelaksanaan dan kelancaran program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Ditunjangi para pemimpin, mentor, jurulatih dan penilai, struktur ini memainkan peranan yang penting demi memastikan objektif ARPRM itu tersemat dan tercapai oleh para peserta itu sendiri. Menerusi Webinar ARPRM Siri 4 yang telah dijalankan secara dalam talian ini, perkara tersebut telah dikupas dan dikongsi berdasarkan pengalaman daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam usaha ini. Menurut Encik Armizam Abd Rahim yang merupakan mentor bagi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, tangunggjawab yang digalas ini bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila ia melibatkan pemerkasaan golongan belia. Namun, komunikasi berkesan dijadikan asas kepada pelaksanaan ini. Webinar ini juga turut menampilkan alumni ARPRM yang telah menerima penarafan tahap Emas iaitu Saudara Mohd Firdaus Zainal Abidin. “Kejayaan memperoleh tahap-tahap ARPRM ini sudah semestinya disebabkan dengan adanya bantuan, didikan, sokongan serta pemantauan daripada mentor dan jurulatih. Itulah yang menjadi motivasi buat saya selama menjadi peserta ARPRM”, katanya. Untuk makluman pembaca, Webinar ARPRM ini merupakan salah satu inisiatif dalam talian oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama persatuan atau pihak-pihak berkaitan dalam membawa individu yang telah lama berkecimpung dalam dunia ARPRM untuk berkongsi pengalaman serta buah fikiran mereka. Webinar kali ini juga telah membawa tajuk Badan Operasi: Roda dan Penggerak ARPRM yang sungguh sinonim bahawa BO itu merupakan tulang belakang bagi program ini.

Disediakan Oleh:
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negara

._ERbj1g7D { position: relative; } ._epNwrNGv { position: relative; overflow: hidden; display: inline-flex; justify-content: flex-start; align-items: flex-start; vertical-align: middle; max-width: 100%; } ._epNwrNGv picture { width: 100%; } ._epNwrNGv img { display: inline-block; object-fit: cover; max-width: 100%; max-height: 100%; height: auto; text-align: center; width: 100%; vertical-align: middle; position: unset; } ._epNwrNGv img.pf-placeholder-svg{ min-width: 150px; } ._epNwrNGv.image--rounded { border-radius: 10px; } ._epNwrNGv.image--circle { border-radius: 100%; } ._epNwrNGv[data-action], ._epNwrNGv[data-event] { cursor: pointer; } ._O689JW7n { position: relative; } ._pDNE0kYl { position: relative; } ._pDNE0kYl { margin: 0 -15px; } ._DblQBlAM { position: relative; } ._DblQBlAM { clear: both; } ._DblQBlAM[data-parallax="true"] { position: relative; background: none !important; } ._DblQBlAM__parallax { position: absolute; top: 0; left: 0; width: 100%; height: 100%; overflow: hidden; pointer-events: none; background-size: cover !important; background-repeat: no-repeat; } ._DblQBlAM { box-sizing: border-box; padding: 15px 0; position: relative; } ._DblQBlAM[data-container] ._DblQBlAM__container { padding-left: 15px; padding-right: 15px; width: auto; margin: auto; box-sizing: border-box; } ._DblQBlAM .pf-parallax__img { position: absolute; object-fit: cover; top: 0; left: 0; width: 100%; height: 100%; z-index: -1; } ._VWvqNvR9 { vertical-align: middle; } ._7XqAY8_A > span:last-child { line-height: inherit; } ._7XqAY8_A[class*="dropcap--"] > span:first-child { display: block; margin-right: 10px; float: left; font-size: 2em; background: #919da9; color: black; width: 50px; height: 50px; line-height: 50px; } ._7XqAY8_A[class*="dropcap--"]:not(.dropcap--none) > span:first-child { margin-right: 20px; text-align: center; } ._7XqAY8_A.dropcap--none > span:first-child { text-align: inherit; line-height: 1 !important; width: auto !important; height: auto !important; background: none !important; border-radius: 0; } ._7XqAY8_A.dropcap--circle > span:first-child { border-radius: 100%; } ._7XqAY8_A:not([class*="dropcap--"]) > span { margin-right: 0 !important; } ._7XqAY8_A ol, ._7XqAY8_A ul { list-style-position: inside; } ._7XqAY8_A blockquote { font-size: inherit; } @media all { .__pf_gikw6g ._M2v8foBg[data-id="_M2v8foBg"] { border-style: solid; border-width: 3px; border-color: rgb(113, 127, 142); padding: 10px; align-items: flex-start; justify-content: center; } .__pf_gikw6g ._DJephd3B[data-id="_DJephd3B"] { text-align: justify; } .__pf_gikw6g ._2wGDhd3j[data-id="_2wGDhd3j"] { text-align: justify; } } @media only screen and (max-width: 767px) { } @media only screen and (min-width: 768px) and (max-width: 991px) { } @media only screen and (min-width: 992px) and (max-width: 1199px) { } @media only screen and (min-width: 1200px) { }
window.__pagefly_options__=window.__pagefly_options__||[],window.__pagefly_options__.push({"isBackend":false,"isPreview":false,"key":"helper","css":[],"js":[],"page_id":"29798"});