PUTRAJAYA, 28 April 2021 – Telah berlangsung penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) kategori Emas Remaja Perdana bagi tahun 2021. Seramai 36 calon dari seluruh negara telah dinilai dan ditemuduga bagi menentukan seorang pemenang untuk kategori tersebut. Semua calon yang hadir merupakan mereka yang telah ditauliah sebagai penerima Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

Penilaian kali ini melibatkan temuduga secara fizikal dan juga secara dalam talian. Perkara yang dinilai merangkumi pelbagai aspek di antaranya penglibatan di dalam program, sumbangan dan impak kepada komuniti serta banyak lagi. Penilaian ini telah dilaksanakan bermula 26 hingga 28 April 2021 di Diamond Lounge, Menara KBS.

Untuk makluman semua, pemenang bagi kategori ini akan menerima trofi, sijil berserta hadiah wang tunai RM10,000.00 dan akan diumumkan pada Sambutan Hari Belia Negara. Tahniah buat semua calon yang terpilih untuk penilaian ini.

Oleh:
Bahagian Pembangunan Rakan Muda