PUTRAJAYA, 12 Mei 2021 - Semua Pegawai dan Kakitangan Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah bersama-sama membuat persiapan dekorasi hari raya. Sesi bergambar dan rakaman ucapan hari raya juga turut diadakan bersama Puan Azura Hj. Sarbin, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

Bahagian Pembangunan Rakan Muda mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua penggiat rakan muda seluruh negara. Diharapkan semua dapat terus membina potensi diri walaupun dengan keadaan pandemik yang sedang melanda seluruh dunia. Pembinaan potensi sentiasa boleh digilap terutama melalui platform digital yang menjadi wadah utama buat anak muda masa kini dalam menyerlahkan bakat dan potensi.

Oleh:
Bahagian Pembangunan Rakan Muda