Jasin, 22 Julai 2019 - Telah berlangsung Program Rakan Muda Kreatif: Rakan Cinta Alam & Rakan Rekreasi - Penjelajahan Lasak Peringkat Daerah Melaka Tengah 2019 bertempat di Taman Ekstrem Tasik Chin Chin Jasin, Melaka pada 21 Julai - 22 Julai 2019.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Melaka Tengah dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah ini telah disertai seramai 80 orang peserta kalangan peserta gangsa ARPRM dari Kolej Antarabangsa Putra,Kolej Cosmopoint dan MiCOST, Melaka.

Antara aktiviti yang dijalankan antaranya adalah berkayak, night walk dan flying fox.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Norazlin Binti Sarun, Pegawai Belia dan Sukan PBSD Melaka Tengah.


Disediakan oleh : Mohd Azreen bin Abd Aziz