- JBS Melaka
- Hits: 20
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 20
ASAHAN, 13 SEPTEMBER 2026 - Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 11 hingga 13 September 2026 bertempat di Nurjannah Rainforest Campsite, Asahan Melaka. Program ini telah menghimpunkan seramai 50 orang peserta belia yang berpotensi dan bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan diri serta kepimpinan belia.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memupuk semangat kepimpinan, kerjasama dan keyakinan diri dalam kalangan peserta. Antara pengisian menarik sepanjang kem ialah latihan kepimpinan, aktiviti kerjasama kumpulan, ceramah dan sesi motivasi yang dikendalikan oleh wakil-wakil agensi kerajaan. Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal dan mental peserta, malah turut mengasah kemahiran komunikasi serta kebolehan mereka bekerja dalam kumpulan.
Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh En. Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Mohd Fauzi bin Nordin, Pengurus Nurjannah Rainforest Campsite, Asahan Melaka dan En. Ahmad Faiz bin Aziz, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Masjid Tanah.
Melalui penganjuran program seumpama ini, diharapkan golongan belia akan terus diberi peluang untuk menimba pengalaman, memperkukuh jati diri dan menjadi ejen perubahan yang positif dalam masyarakat serta negara.
