KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA JADI LOKASI KARNIVAL KOKURIKULUM, SUKAN DAN KESENIAN SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS ZON SELATAN TAHUN 2026

KOMBES MELAKA, 10 September 2026 - Telah berlangsung Karnival Kokurikulum, Sukan dan Kesenian Sekolah Pendidikan Khas Zon Selatan Tahun 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Negeri Melaka selaku sekolah pengelola.

Antara fasiliti yang digunakan ialah gelanggang badminton, gelanggang futsal, gelanggang bola jaring, bilik kuliah, kafeteria dan dewan besar. Seramai 150 peserta serta guru pengiring terlibat dalam penganjuran karnival edisi kali ini.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Suhardi bin Samsudin, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, KPM. Turut hadir YBrs. Encik S.L Daud bin Matliza, Guru Besar SK Pendidikan Khas Negeri Melaka selaku sekolah pengelola dan Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSNMelaka mewakili Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Tahniah diucapkan diatas penganjuran program.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-10-2026, 15:07:24

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search