RAKAN MUDA RAKAN DEMOKRASI : UNDI ORANG MUDA / SIMULASI PILIHAN RAYA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2026

ALOR GAJAH, 10 September 2026 – Program Rakan Muda Rakan Demokrasi: Undi Orang Muda / Simulasi Pilihan Raya Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2026 telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah dengan penyertaan seramai 105 orang belia Anak Melaka dari Daerah Alor Gajah.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada golongan belia mengenai proses demokrasi serta tatacara pengundian melalui simulasi pilihan raya. Inisiatif ini turut menjadi platform pendidikan sivik bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran belia terhadap tanggungjawab serta peranan mereka sebagai pengundi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Turut hadir YBrs. Puan Noraniza binti Shuib, Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka serta Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.

Sepanjang program, para peserta berpeluang mengikuti penerangan berkaitan proses pilihan raya serta melaksanakan simulasi pengundian bagi memberikan gambaran sebenar mengenai proses yang dilalui oleh seseorang pengundi.

Pelaksanaan program ini diharap dapat melahirkan golongan belia yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan peka terhadap kepentingan demokrasi, di samping menggalakkan penglibatan aktif anak muda dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-10-2026, 15:07:24

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search